Alasan. Kita suka memberikan
alasan. Atas kelalaian kita, atas kecuaian kita, atas kesilapan kita,
atas kesalahan kita, atas segala apa yang berlaku dan menghasilkan
ketidak senangan, maka kita akan memberikan alasan.
Kenapa fail exam? Sebab soalan doktor yang susah. Saya dah studi rajin-rajin dah.
Kenapa solat lewat? Tadi air sejuk sangat. Badan tak tahan.
Kenapa couple? Nak rapatkan ukhuwwah. Saling kenal mengenal. Tak kenal maka tak cinta.
Kenapa hantar kerja lambat? Semalam ada urusan penting.
Ya. Banyak alasan
kita. Dan dalam banyak perkara, semua ada alasannya yang tersendiri.
Manusia yang kita berikan kepadanya alasan, mungkin hanya mampu menarik
nafas dan sekadar berpuas hati dengan alasan yang diberikan. Sebab, dia
tidak tahu sama ada alasan itu betul atau tidak.
Tetapi, bagaimana dengan Allah?
Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.
Setiap alasan yang hendak kita keluarkan, berikannya dahulu kepada Allah
Kenapa buat berzina? Sebab si fulanah tu goda aku dulu. Kalau tak, aku tak buat dosa.
Tujukan alasan itu kepada Allah. Kemudian kamu fikirkan, apakah Allah akan menerimanya?
Kenapa meniru dalam peperiksaan? Tak sempat studi sebab kerja banyak sangat.
Tujukan alasan itu kepada Allah. Kemudian kamu fikirkan, apakah Allah akan menerimanya?
Kenapa qada’ Solat Subuh pagi tadi? Terlajak tidur.
Tujukan alasan itu kepada Allah. Kemudian kamu fikirkan, apakah Allah akan menerimanya?
Apa pandangan anda?
Kalau semua alasan-alasan yang kita rekakan itu, kita bentangkan di
hadapan Allah, apakah Allah akan menerimanya?
Ya. Zahir alasan, mungkin menunjukkan kita tidak bersalah. Bagaimana yang tersmebunyi di sebalik alasan itu?
Benarkah terlajak
tidur, atau dah bangun kemudian tidur semula? Benarkah tak sempat studi
sebab kerja banyak sangat atau selama ini kita yang lewat-lewatkan
kerja yang banyak tu sampai tak sempat studi?
Benarkah kita berzina
sebab digoda, atau selama ini kita yang tak berusaha untuk menahan
godaan?
Allah, Maha Mengetahui Segala-galanya, Maha Halus Pemerhatian-Nya.
Allah, takkan terlepas perkara yang kecil-kecil itu, walau tersembunyi jauh di dalam lubuk hati kita.
Melatih diri hidup tanpa alasan jika ingin berjaya
Seseorang itu, hanya akan mampu
berdisiplin, berusaha bermati-matian mencapai apa yang dikehendaki,
adalah apabila dia meninggalkan alasan dan bergerak mengambil usaha
sebagai tangga kejayaaan.
Alasan, hanya
melemahkan semangat, jiwa dan hati. Sekali alasan kita diterima, kita
akan tergerak untuk memberikan alasan lagi di lain kali.
“Kenapa tak pergi usrah tadi?”
“Ana ada kerja sikit la. Sori la ya”
Sedangkan dia
sengaja matikan alarmnya, silentkan hensetnya, dan tidur seakan-akan
tiada janji temu untuk usrahnya. Selepas itu, dia akan rasa hendak
memberikan alasan lagi. Dia akan tidak hadir usrah lagi. Alasan,
menghalang kebaikan.
Alasan juga, mencambahkan kejahatan.
“Ala, takpe kut,
sikit je ni. Chatting sekejap aja.” Ya. Chatting sekejap. Tanya khabar
saje. Hantar smileys sikit tunjuk mesra. Disokong pula alasan menjaga
ukhuwwah.
Akhirnya meleret
entah ke mana-mana. Alasan tadi, menghadang kebenaran dosa, lantas
menarik diri untuk terus melakukannya. Kali seterusnya tambah lagi
sedikit. Kali seterusnya, tambah lagi sedikit. Sampai nanti:
“Ala, dating tak
pegang tangan tak apa. Jangan la sentuh-sentuh. Makan sama-sama, studi
sama-sama , apa salahnya kalau selagi tak bersentuhan. Kan? Kan? Kan?”
Ya. Sampai ke tahap itu, hati kita tak akan rasa itu satu dosa, apabila alasan melindunginya.
Dan pesanan saya. Berikan alasan itu kepada Allah SWT. Berikan.
Bagaimana agaknya?
Penutup: Syurga bukan untuk orang mengelat
Ka’ab bin Malik RA tidak
menghadiri perang Tabuk. Dia menghadap Rasulullah SAW dan langsung
tidak mengemukakan alasan. Lihatlah apa yang dia katakan:
“Ya Rasulullah, jika
aku mahu, aku boleh mencipta alasan. Tetapi aku tahu, walau aku
terlepas di hadapan kau hari ini, aku tetap tidak akan terlepas di
hadapan Allah nanti.”
Lihatlah Ka’ab bin
Malik RA ini. Dia telah mempersembahkan alasannya terlebih dahulu
kepada Allah, dan dia mengetahui bahawa alasan-alasannya takkan
diterima. Lantas dia bergerak jujur dan mengaku akan ketidak hadirannya
ke medan perang adalah tanpa sebab yang munasabah.
Lantas Allah
mengarahkannya untuk dipulau sebagai denda. Tetapi selepas dia
mengharungi dendaan itu dengan tabah, maka Allah menurunkan ayat
Al-Quran mengampunkannya. Termasuklah Ka’ab dari kalangan yang termulia
antara sahabat Rasulullah.
Tetapi lihatlah pula
para munafiq yang tidak pergi juga pada Perang Tabuk itu. Mereka
memberikan alasan kepada Rasulullah SAW dengan pelbagai alasan. Cuaca
panas, ladang sedang masak ranum dan tiada penjaga, anak isteri tiada
pelindung dan sebagainya. Rasulullah diam sahaja tanpa menghukum mereka.
Adakah mereka berjaya mendapat syurga?
Tidak. Bahkan Allah SWT berfirman mengherdik mereka.
“Dan
mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: “Kalau kami
sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu”. (Dengan sumpah dusta
itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui
bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak
sanggupnya mengikutmu).” Surah At-Taubah ayat 42.
Dan kemudian Allah campakkan mereka ke tahap yang hina. Lebih hina dari orang kafir di dalam neraka.
“Sesungguhnya
orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah
sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak
sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.” Surah An-Nisa’ ayat 145.
No comments:
Post a Comment