Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang di
adili. Dia dituduh bersalah kerana mensia2kan hidupnya di dunia utk
berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi
langit & bumi, sungguh tidak benar. Saya tak pernah melakukan
perkara itu."
"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu
sendiri ke dalam dosa ". Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu
merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah,
"mana saksi2 yg engkau maksudkan? Disini tiada sesiapa melainkan aku
dan suaramu sahaja."
Jawab malaikat, "Inilah saksi-saksimu. ...." Tiba2 mata berbicara,
"Saya yg memandang," Disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar
perkara itu" Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"
Bibir pun mengaku dengan biasa, "Saya yang merayu". Lidah menambah
dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap". Tangan tanpa malu
meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"
Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu". "Nah
kalau dibiarkan kesemua angota tubuhmu akan memberikan kesaksian
tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Org tersebut tidak dapat
membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana
sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahanam..
Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat
diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar
satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, " Saya pun
ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini."
Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"
"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening,
aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan
segala perbuatan keji yang telah dlakukan. Bukankah rasulnya telah
berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun
sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu
diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu
mata, berani tampil sbg saksi bhw dia telah bertaubat sampai membasahi
saya dengan air mata penyesalan."
Dgn kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan
segera dihantar ke syurga: "Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga
kerana pertolongan bulu mata.."
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment